Salah satu tempat menarik kat sini ialah Souq Waqif.. Souq dalam bahasa kita ialah pasar.. menarik tempat ni..ala2 jalan2 tar tp kedudukan kedainya lebih tersusun & bersih..malam2 mmg happening..buka setiap hari bermula jam 3 petang sampai tgh malam.. mcm2 ada.. kurma, madu, air zamzam, abaya, perfume (sgt byk), herba2, kitchen appliances periuk belanga, toys, funfair dan..dan...dan.. byk la..
Ni tempat favorite beli madu & kurma.. 500g QR150.. madu asli.. suka dtg sini sbb bole makan kurma percuma..mmg dorg lambak bg mkn free as tester.. ayat favorite owner ni dtg esok discount half kg.. yo la tu.. sembang je lebih..hehe
Ok lagi 1 attraction souq waqif ni ialah makanan ala2 hot & roll ni.. mcm pancake tapi nipis..haha tatau nama.. pancake ladies akan duduk atas bangku kecil dan perkakas masak kat depan atas lantai je tp bersih (dapur & topping pancake).. dia akan spread bancuhan tepung nipis atas pan, spread cream cheese & tanya nk topping apa.. slalunya ktorg order honey..
Kene makan time panas2 kalau tak dia akan jadi liat dan xsedap.. & yes beli la byk mana pun dorg akan letak atas paper plate pastu sumbat masuk plastik.. (part ni xbest)
Ada satu bahagian ni mcm funfair.. kene beli token & bole main mcm2 yg mcm kat funfair tu.. ada lg 1 side ada games..paintball, dats & etc.. bdk2 suka la..kene sasaran dpt hadiah anak2 patung comel2..
Ingatkan solero mcm kat genting tu.. rupanya dia swing jadi circle.. still takut jgk kot..hehe
Ni area makan2..ada mcm2 kedai mkn ala2 coffee shop.. style org arab xde kedai mamak tp lepak coffee shop sambil sembang2 sambil hisap shisha..(ehhh but true).. lepak mlm2 pun dorg still pakai throbe & shimagh... jubah putih ngn serban.. yg prpn pakai abaya hitam.. but still ramai jgk arabian yg pakai jeans..dari negara mana tak dapat dikenalpasti.. nak rasa makanan dunia bole la try sini..ada restaurant itali, filipina, indonesia, turki, iran eh byk la..malaysia pun ada tp 1 je & kurang sedap & agak mahal (minta maaf).. sambal udang 5 ekor saiz sederhana qr40 (geleng kepala kami laki bini)..
Cantik restaurant ni..dah ala2 hotel..
Sentiasa ramai org..malam minggu makin meriah..
Ok.. setakat ni souq waqif tempat wajib datang dalam sebulan sekali.. mana lagi nak jalan2 tmpt ala2 pasar mcm ni ;)












No comments:
Post a Comment