Tuesday, February 24, 2015

Kek Gula Hangus Kukus

Dah lama teringin nak guna pengukus tupperware ni utk masak kek.. steam it tupperware..comel..jumpa resepi senang dari fb owner k.ida..thanks akk 4 the recipe.

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar butter

Bahan B
4 biji telur
3/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Masukkan gula dalam pan dan masak sehingga gula cair & bertukar warna agak gelap. Warna gula mempengaruhi warna kek nanti.
2. Dah cair & dapat kepekatan warna yang diinginkan, masukkan air panas.. hati-hati sebab gula akan meletup letup sikit..sediakan penutup periuk sebagai perisai. (Serius ni..hehe)
3. Tutup api & masukkan butter. Kacau sampai butter cair dan sebati. Ketepikan.

4. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau sekejap guna mixer. Sy xde mixer so guna pemukul telur je.. sekejap je jgn lama2.
5. Masukkan susu dan pukul sebati. Also jgn pukul lama ok.
6. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang dah diayak.
7. Masukkan esen vanila.
8. Masukkan gula hangus tadi.. Gaul sebati.
9. Perapkan dalam bekas bertutup selama 3-4 jam. Tujuan - utk dapatkan sarang yang cantik.
10. Kukus atau bakar. Sy kukus. Yang kukus jangan lupa tutup loyang dgn aluminium foil dan tebuk lubang sikit ye. Ataupun bungkus penutup pengukus dengan kain.
10. Kukus dalam 1 jam.. cek dengan lidi dah masak ke belum.. Siap.

1 adunan dapat 2x saiz kek dalam gambar.. 

Tak berapa cantik la pulak..hehe.. sbb xde loyang..guna tupperware ikea je..jadi la..sedap jugak & warna gula patut kena gelap lagi next time. Husband mkn banyak..siap tapau bwk g ofis.. maksud tersiratnya sedap la tu ;)

ni resepi asal:






Nasi Lemak

Last week masa shopping akhirnya jumpa daun pandan..byk..secekak dia jual.. & smlm hubby tanya bila nak guna daun pandan tu..heheh.. bg hint la tu.. ok so terjadilah nasi lemak sebagai menyahut cabaran semalam..

Nasi Lemak

Bahan Nasi
3 cawan nasi
2 cawan santan
3 cawan air
Halia (3 hiris nipis)
Garam

Sambal
2 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
7 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula melaka
1/2 kiub ikan bilis
1 cawan air
Air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Nasi - basuh bersih dan campurkan semua bahan.. kukus boleh, guna rice cooker pun boleh.
2. Sambal - Masukkan minyak masak.
3. Tumis bwg kisar sampai wangi..tumis lama sikit sampai air kering.
4. Masuk cili kisar.. tumis dalam 5 - 10 minit..lagi lama lagi sedap tapi jangan sampai hangit.
5. Masukkan asam jawa, gula melaka, kiub ikan bilis & air. Masak sampai pekat (30 - 60 min).
6. Perasakan garam gula jika perlu.. sebab kiub & gula melaka dah ada rasa manis masin di situ.. sy tambah garam sikit bagi hilang pedas..
7. Ok siap.. lupa tangkap gambar.
8. Boleh hidang dengan ikan bilis goreng, ayam goreng & telur. Jangan dilupakan si timun.

Bye.


Souq Waqif

Salah satu tempat menarik kat sini ialah Souq Waqif.. Souq dalam bahasa kita ialah pasar.. menarik tempat ni..ala2 jalan2 tar tp kedudukan kedainya lebih tersusun & bersih..malam2 mmg happening..buka setiap hari bermula jam 3 petang sampai tgh malam.. mcm2 ada.. kurma, madu, air zamzam, abaya, perfume (sgt byk), herba2, kitchen appliances periuk belanga, toys, funfair dan..dan...dan.. byk la..

Ni tempat favorite beli madu & kurma.. 500g QR150.. madu asli.. suka dtg sini sbb bole makan kurma percuma..mmg dorg lambak bg mkn free as tester.. ayat favorite owner ni dtg esok discount half kg.. yo la tu.. sembang je lebih..hehe





Ok lagi 1 attraction souq waqif ni ialah makanan ala2 hot & roll ni.. mcm pancake tapi nipis..haha tatau nama.. pancake ladies akan duduk atas bangku kecil dan perkakas masak kat depan atas lantai je tp bersih (dapur & topping pancake).. dia akan spread bancuhan tepung nipis atas pan, spread cream cheese & tanya nk topping apa.. slalunya ktorg order honey..
  Kene makan time panas2 kalau tak dia akan jadi liat dan xsedap.. & yes beli la byk mana pun dorg akan letak atas paper plate pastu sumbat masuk plastik.. (part ni xbest)

Ada satu bahagian ni mcm funfair.. kene beli token & bole main mcm2 yg mcm kat funfair tu.. ada lg 1 side ada games..paintball, dats & etc.. bdk2 suka la..kene sasaran dpt hadiah anak2 patung comel2..

Ingatkan solero mcm kat genting tu.. rupanya dia swing jadi circle.. still takut jgk kot..hehe

Ni area makan2..ada mcm2 kedai mkn ala2 coffee shop.. style org arab xde kedai mamak tp lepak coffee shop sambil sembang2 sambil hisap shisha..(ehhh but true).. lepak mlm2 pun dorg still pakai throbe & shimagh... jubah putih ngn serban.. yg prpn pakai abaya hitam.. but still ramai jgk arabian yg pakai jeans..dari negara mana tak dapat dikenalpasti.. nak rasa makanan dunia bole la try sini..ada restaurant itali, filipina, indonesia, turki, iran eh byk la..malaysia pun ada tp 1 je & kurang sedap & agak mahal (minta maaf).. sambal udang 5 ekor saiz sederhana qr40 (geleng kepala kami laki bini)..

Cantik restaurant ni..dah ala2 hotel..

Sentiasa ramai org..malam minggu makin meriah..

Ok.. setakat ni souq waqif tempat wajib datang dalam sebulan sekali.. mana lagi nak jalan2 tmpt ala2 pasar mcm ni ;)

Yes or No

Lately mcm2 rasa ada.. dalam hati tertanya-tanya, doa dah dimakbulkan ke.. ehhe.. ada beberapa tanda yang agak luarbiasa tp org kata (gugel kata) tanda ni boleh jadi tanda ovulasi, nak period, kencing kotor or the best thing is PregNanT.. haihh..  & the worst thing penyakit2 lain..nauzubillah moga dijauhkan..

1. Mengantuk & malas2
Sebelum datang doha mmg simptom ni da lama rasa.. biasa la penat keje duduk dgn mak pulak..mmg asyik nak tidur je la..hehe.. tapi..tapi.. sejak datang doha mmg susah nk tidur siang.. jarang la tidur kecuali kalau dah paksa-paksa mata sebab boring.. lately mmg kuat tidur.. start hubby g keje dlm kul 6.30 pagi boleh tidur sampai 11 tghr.. tu pun bangun sbb dah zuhur.. ikutkan mata still ngantuk.. pelik bin ajaib..

2. Perut cramp
Pernah 1 malam ni keluar beli barang dapur.. mcm biasa beli2 brg & mlm tu terhyperactive pulak happy-nya.. siap senarai brg kat tgn dan penuh ligat mencari brg2 keperluan.. hubby pun rajin menyinggah merata kedai mlm tu..saje buang2 masa.. then masa dah keluar kaunter bayaran dah start rasa perut ngilu2 sakit belah kanan.. bole tahan lg so tahan je sorang2.. pastu sampai travelator tanya hubby nk turun sini ke (sbb agak curam dan xyakin bole tahan sakit kat perut)..dia kata yela..mana lagi.. dia request nk g toilet.. masa tunggu tu ya rabbi sakit sangat2 rasa nak terduduk atas lantai.. org lalu lalang pun da tgok2 tp sbb dorg pak arab dorg buat tatau je.. cuba tahan sakit dgn cara berpaut kat troley brg.. ok sikit la.. still x cakap ngan hubby.. sampai kereta masa nk angkut brg masuk bonet xleh tahan dah.. dia angkut sorg2 pastu dgn muka terkejut tanya apa dah jadi.. masa tu explain & bole sengih2 lagi ckp jgn risau.. drive cepat2 je jom balik.. dugaan lagi da sampai umah kene angkut brg2 yg sgt byk ke tgkt 3.. ktorg duduk compound..adoii tak sampai ati nk biar dia angkut sorg sbb mmg sgt byk.. angkut jgk slow2.. bwk sikit je mmg hubby yg 2 3 kali turun naik.. tak mampu dah nk tlg.. masuk bilik nak baring sakit so duduk kat birai katil sambil tahan sakit (sambil nanges).. hubby bole gelak sbb nanges (cisss) & hampir nk mrh sbb xnk ikut ckp dia suh baring..

Summary: sakit kat perut (belah kanan pusat @ bwh sikit dari pusat).. sakit setiap kali pergerakan walaupun minor movement.. dlm stgh jam pastu baru lega... (panjangnya story)

3. Loya
Emm bukan la loya sgt2.. dia dtg kejap2.. slalu lps makan rasa loya macam nk muntah tp takde langsung rasa nk muntah..loya2 manja je.. ubatnya samada minum air atau makan gula2.. pastu ok la.

4. Lapar
Rasa lapar sangat2.. baru makan kul 8 kul 10 da lapar balik.. lapar yg menggelodak gila2 dlm perut.. kdg2 sampai tgh solat jemaah ngn hubby tiba2 ada bunyi kuat gila dari perut.. adoiii maluu..

5. Sengal peha & ari-ari
Awal2 dulu cuma rasa sakit sikit kat ari2 kanan mcm nak period.. but lately start rasa sengal dari peha sampai la ke ari2 & pingggang kiri.. berdiri 3 minit rasa sakit.. salah duduk rasa sakit.. salah baring rasa sakit.. mmg asyik bergerak kiri kanan ubah posisi.. dan kdg2 bwh perut rasa panas2..

6. Miss B sakit
Biasanya nak period mmg ada tanda ni.. takleh cte panjang2..i pemalu...

7. Kepala rasa berat
Kepala berat yang membuatkan rasa nk baring & mengantuk.. bukan pening kepala..

8. Ni last..kuat kentut.. hehe..

Tapi tu la.. apapun kene tunggu next period delay ke tak.. harap2 ada berita baik yang kami suami isteri tunggu selama ni.. takut nak sangat berharap sbb takut tak dpt terima..

tp hakikatnya dah sgt berharap.. thats why tak bagitau hubby langsung psl tanda2 ni semua.. cuma 1 2 terlepas ke pengetahuan dia mcm cramp perut tu..& smlm terlepas ckp kat dia yg rasa sengal tu..sbb xtahan dah.. ok..pray for me..

Thursday, February 12, 2015

Puding Roti Microwave Oven


Roti banyakkkk dan esok dah tarikh expired.. xlarat la nk makan maka terhasillah puding roti.. google resepi kat Myresipi..

Puding Roti

7 keping roti - carik comel2
*2 cwn susu segar @ 500ml
*2 biji telur
*4 sudu besar gula
*1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar butter - cairkan
kismis - sy ganti dgn kurma - hiris

Cara-cara:
1. Campur semua bahan bertanda * - susu cair, telur, gula & esen vanila.. Gaul rata.
2. Masukkan roti. Gaul rata.
3. Masukkan butter cair. Gaul rata dan tabur kismis.
4. Bakar - sy cuma ada microwave oven. Guna api atas bawah dan bakar 30 minit.

Sos Kastard

2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air
2 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Campur semua bahan dlm periuk dan kacau hingga pekat.. ikut suka nak pekat mcm mana.
2. Tuang sos atas puding roti. Boleh juga dimakan sejuk2.. tp sy prefer mkn panas2..sedap..
3. Hidang dan tangkap gambar.

tadaa..





Saturday, February 7, 2015

Bubur Ayam.. Samosa Ayam.. Souq Waqif

Bubur Ayam Special

 Samosa ayam

Terkenal di souq waqif


Barang rare..susah nk jumpa ni kat qatar

Wednesday, February 4, 2015

Roti Jala & Kari Daging

My 1st try.. alhmdulillah jadi.. suka pulak menjala..tp kene ada org nk mkn sbb tabiat suka buat xsuka mkn tu masih menebal.. haiih.. husband duk gelak sbb guna tutup botol je menjala..yela mana nak cari acuan.. dari duk gelak baik g tlg cari & belikan utk wife u ni..


Daging Masak Hitam

Rupa seindah namanya..mmg betul2 hitam..hehe tp nice.. resepi later..


Baked Makaroni Cheese

Boring makan nasi.. makan macaroni cheese pulak.. Resepi kalau google ada mcm2 version.. 2nd time buat sejak duduk doha.. 1st time agak failed sbb guna suhu microwave je..hehe.. sampai kering cheese.. 2nd time ni kira berjaya sbb da pandai guna microwave oven.. kalau ada oven ni mau bole buat jual pulak.. ok perasan je ;$ kui3

Tuesday, February 3, 2015

Pisang Cheese & Lime Green Tea

Lps solat subuh tanya husband nk breakfast apa.. skali dia jwb pisang cheese..pisang cheese in the early morning (sigh!).. mengidam kot mlm td, hehe..

Bahan:
Pisang
3 sudu teh tepung gandum
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
Secubit serbuk kunyit
1/2 sudu teh butter
1 biji telur
Garam
Gula

Topping:
Parutan cheddar cheese
Susu pekat
Chocolate Rice

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan sampai sekata.
2. Tambah air sikit-sikit. Jangan terlalu cair atau terlalu likat.
3. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng. Gunakan api besar (sbb nak elakkan pisang terkeluar dari mixture).
4. Sadurkan susu pekat ke atas pisang goreng.
5. Tabur parutan cheddar cheese.
6. Panaskan dalam microwave 2 minit utk cairkan cheese.
7. Tadaa.. Hidang dan tangkap gambar..


Lumrah la...kadang cantik, kadang x cantik..hik3.. ikut mood si tukang msk ;)

Pasangan pisang cheese adalah Lime Green Tea.. sesuai utk detox badan.. ringan rasa badan sbb asyik keluar angin..hehe





Monday, February 2, 2015

Ikan Bakar & Air Asam & Kuah Lodeh


Alang-alang tgh excited dgn grill baru so hari-hari menu grill ye..hehe.. 15 ke 20 minit dah siap grill.. kurang kolestrol maka kurang la kebuncitan perut..hehe

Ikan Bakar

Ikan
Garam
Kunyit

Air Asam
1 ulas bwg besar - hiris
8 biji cili padi - hiris
1/2 biji cili merah - hiris
1/2 biji tomato - dadu
1 sudu asam jawa
Belacan bakar sikit
Garam
Gula
Air
Limau nipis @ lemon

Cili Kicap
8 biji cili padi - hiris
1/2 biji cili merah - hiris
2 ulas bwg putih - tumbuk
Kicap
Garam
Gula
Limau nipis @ lemon

Cara-cara:
1. Lumur ikan dgn garam kunyit.. Garam sahaja pun boleh.. Grill.. Siap..

2. Campurkan semua bahan air asam.. perah campuran asam jawa dan air ikut kesesuaian bahan hiris.
3. Perasakan garam dan gula.
4. Perah limau nipis.. Siap..

5. Campurkan semua bahan cili kicap.
6. Perasakan garam gula.. sikit je sbb kicap dah manis.
7. Perah limau nipis.. siap..






Menu yang sgt senang.. senang hidup i.. So ikan bakar ni bagi dia berkawan dengan kuah lodeh.. saje bagi husband raya awal 😊

Kuah lodeh

Bahan kisar:
1 ulas bwg besar @ 8 bwg merah kecil
1 inci kunyit hidup
2 sudu udang kering - rendam & tos

Bahan B:
Kubis
Lobak merah
Kacang panjang
1 biji kentang - potong 8
Fucuk & suun - rendam & potong kecil
Tempe & tauhu - potong dadu
Sengkuang - potong panjang
1 biji cili merah - hiris
2 btg serai - ketuk
1 cwn udang - buang kulit
2 kotak santan
2 cili padi - ketuk
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar. Masukkan serai dan cili padi yang diketuk.
2. Masukkan santan cair sikit sampai menggelegak.
3. Masukkan kentang, lobak, kcg panjang dan sengkuang. Hingga agak lembut.
4. Masukkan udang, kubis, fucuk, suun, tempe dan tauhu.
5. Masukkan santan.
6. Perasakan garam dan gula.
7. Menggelegak, tutup api.. Tabur hirisan cili merah..
8. Siap.. Mcm biasa jgn lupa snap gambar.

Jom Makan..


Byk bahan yang xde.. fucuk, suun, sengkuang, tempe & tauhu.. tp xpe, tak perlu rigid sgt ;)

p/s: sy tak pandai masak tp sy cuba-cuba masak sbb dah kawen dan x duduk dah dgn mak..haiiihh.. bila suami ckp thanks syg masak mcm2, lega rasa hati 😍





Sunday, February 1, 2015

Ayam Percik

Around 3pm, ready for dinner preparation..lunch mmg da lama hilang dlm list.. xseronok mkn sorg..so i skip it out.. but still roti & teatime menu buat ikut mood..(nape kat sini kuat sgt mkn..berat dah naik 7 kg within 2 months..dasat..nanges 😭)

Ayam Percik

Ayam
Garam
2 cwn santan
1 btg serai - ketuk

Bahan Kisar
4 bwg merah @ 1 bwg besar
2 ulas bwg putih
3 btg serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu lada hitam

Cara-cara:
1. Panaskan api.
2. Masuk semua bahan kisar, ayam, serai ketuk dan santan.
3. Perasakan garam
4. Bila menggelegak, keluarkan ayam.
5. Baki kuah, masak sampai pekat.
6. Ayam tadi ready utk grill.. masuk oven pun boleh.. terpulang mana senang..
7. Siap grill, tuang sikit sos percik atas ayam..
8. Tadaaa.. Jangan lupa tangkap gambar ;)



Apam Balik

Hi..im newbie here.. a bit intro might help..
staying in north paradise compound right now.. in umm salal muhammed.. in doha..in qatar... yeahh quiet far farr farrr away from hometown.. rindu kampung shah alam.. rindu family.. rindu nk mkn mcm2 tanpa perlu masak..haha.. ok done..

Apam Balik today for lunch.. diet konon..

Bahan A
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu vanila essence

Bahan B
2 cwn susu segar @ 1 cwn susu cair + 1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 biji telur

Bahan C
Jagung Krim
Gula
Kacang tumbuk

Cara-cara:
1. Campur semua bahan A
2. Campur semua bahan B
3. Panaskan non-stick pan
4. Tuang 1 senduk kalau nk nipis.. 2 senduk tebal intermediate..and so on..
5. Tunggu sampai keluar bubble & tabur gula + kacang tumbuk + jagung krim
6. Lipat dua..
7. Siap.. Hidang..Potong.. Jangan lupa tangkap gambar :)



Memandangkan duduk kat perantauan ni susah nk kua sendiri cari barang, makanya guna je la apa2 bahan yg ada kat umah.. 

Kebetulan ada kacang lain kat umah (apa eh nama kacang ni).. bole la sedap jgk ;)