Alang-alang tgh excited dgn grill baru so hari-hari menu grill ye..hehe.. 15 ke 20 minit dah siap grill.. kurang kolestrol maka kurang la kebuncitan perut..hehe
Ikan Bakar
Ikan
Garam
Kunyit
Air Asam
1 ulas bwg besar - hiris
8 biji cili padi - hiris
1/2 biji cili merah - hiris
1/2 biji tomato - dadu
1 sudu asam jawa
Belacan bakar sikit
Garam
Gula
Air
Limau nipis @ lemon
Cili Kicap
8 biji cili padi - hiris
1/2 biji cili merah - hiris
2 ulas bwg putih - tumbuk
Kicap
Garam
Gula
Limau nipis @ lemon
Cara-cara:
1. Lumur ikan dgn garam kunyit.. Garam sahaja pun boleh.. Grill.. Siap..
2. Campurkan semua bahan air asam.. perah campuran asam jawa dan air ikut kesesuaian bahan hiris.
3. Perasakan garam dan gula.
4. Perah limau nipis.. Siap..
5. Campurkan semua bahan cili kicap.
6. Perasakan garam gula.. sikit je sbb kicap dah manis.
7. Perah limau nipis.. siap..
Menu yang sgt senang.. senang hidup i.. So ikan bakar ni bagi dia berkawan dengan kuah lodeh.. saje bagi husband raya awal 😊
Kuah lodeh
Bahan kisar:
1 ulas bwg besar @ 8 bwg merah kecil
1 inci kunyit hidup
2 sudu udang kering - rendam & tos
Bahan B:
Kubis
Lobak merah
Kacang panjang
1 biji kentang - potong 8
Fucuk & suun - rendam & potong kecil
Tempe & tauhu - potong dadu
Sengkuang - potong panjang
1 biji cili merah - hiris
2 btg serai - ketuk
1 cwn udang - buang kulit
2 kotak santan
2 cili padi - ketuk
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar. Masukkan serai dan cili padi yang diketuk.
2. Masukkan santan cair sikit sampai menggelegak.
3. Masukkan kentang, lobak, kcg panjang dan sengkuang. Hingga agak lembut.
4. Masukkan udang, kubis, fucuk, suun, tempe dan tauhu.
5. Masukkan santan.
6. Perasakan garam dan gula.
7. Menggelegak, tutup api.. Tabur hirisan cili merah..
8. Siap.. Mcm biasa jgn lupa snap gambar.
Jom Makan..
Byk bahan yang xde.. fucuk, suun, sengkuang, tempe & tauhu.. tp xpe, tak perlu rigid sgt ;)
p/s: sy tak pandai masak tp sy cuba-cuba masak sbb dah kawen dan x duduk dah dgn mak..haiiihh.. bila suami ckp thanks syg masak mcm2, lega rasa hati 😍





No comments:
Post a Comment